Assalamualaikum
Umur makin meningkat ni. Macam macam masalah datang tanpa henti.
Tak mengeluh.Tak merungut.Cukup bersyukur kerana tidak ada berpeluang nak berjauhan dengan Yang Maha Esa.
''Tidak Suka Jangan Sampai Menghina''
Teringat bait bait kata seseorang tapi lupa siapa yang cakap. Moga Allah perlihara hidupnya kerana dengan kata kata dia,tersedar la sikit diri ini.Dua tiga menjak ni,mulut ni petah bercakap bukan bukan. Istigfar banyak banyak. Kenyang makan daging saudara sendiri. Allahu. Seram.Maybe dengan kata kata someone ni,Allah jentik hati Azreen Hanie untuk tersedar daripada kancah lalai menghina someone. Bersyukur sangat Allah selalu jentikkan hati ni untuk beristigfar.
Satu masalah daripada pelbagai masalah ialah mengenai kelebihan seseorang. Ok. Nak bagitahu. Rezeki semua Allah yang tentukan.Sama ada cepat atau lambat Allah tetap akan bagi tapi ada syarat mestilah berusaha bersungguh. Bila dah buat sehabis baik. Bertawakal kepada Allah.
Isu dekan. Tak dekan. Bukan beza. Jangan ingat someone dekan kita boleh cakap macam macam.Balik kepada Allah. Itu semua rezeki. Kita check balik apa kurangnya kita sehingga Allah tak bagi peluang untuk kita memperolehi dekan. Jangan guna alasan dekan untuk menjadi sebuah alasan. Mohon ubah presepsi diri. Nak dekan. Semua orang boleh dapat. Tanamkan dalam diri.
''Why dia dapat. Kita tak boleh dapat.Sedangkan kita boleh dapat sesuatu itu dengan usaha''
Kedua. Kalau kita tak suka barang itu sekali pun. Jaga mulut. Citarasa semua berbeza. Tak semestinya kau suka benda tu orang lain akan suka. And tak semestinya kau tak suka benda tu orang lain pun tak suka. Tak suka sekali pun. Jaga mulut kita. Kita tak tahu hati orang macam mana. Jangan sampai orang tu terasa sampai dia balas balik kata kesat sampai kau terasa. Kita kena ingat. Hidup kita ni ibarat roda yang berputar so behave. Jadi kepada diri sendiri. Jaga mulut anda. Jangan sampai menghina.
Bila orang nasihat. Didik hati kita supaya menerima. Buang ego.Dalam dunia ini. Tiada siapa siapa yang sempurna. Ingat.
Ok. Bye♥
No comments:
Post a Comment