بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Azreen Hanie. 19 years old. I enjoy spending time reading novels,obsessing over foods,and I love my family

Saturday, 20 August 2016

Tidak Suka Jangan Sampai Menghina


Assalamualaikum
Umur makin meningkat ni. Macam macam masalah datang tanpa henti.
Tak mengeluh.Tak merungut.Cukup bersyukur kerana tidak ada berpeluang nak berjauhan dengan Yang Maha Esa.

''Tidak Suka Jangan Sampai Menghina''
Teringat bait bait kata seseorang tapi lupa siapa yang cakap. Moga Allah perlihara hidupnya kerana dengan kata kata dia,tersedar la sikit diri ini.Dua tiga menjak ni,mulut ni petah bercakap bukan bukan. Istigfar banyak banyak. Kenyang makan daging saudara sendiri. Allahu. Seram.Maybe dengan kata kata someone ni,Allah jentik hati Azreen Hanie untuk tersedar daripada kancah lalai menghina someone. Bersyukur sangat Allah selalu jentikkan hati ni untuk beristigfar.

https://s-media-cache-ak0.pinimg.com/736x/05/bb/ef/05bbef3341e9ab0f5794ad2069ce3060.jpg 

Satu masalah daripada pelbagai masalah ialah mengenai kelebihan seseorang. Ok. Nak bagitahu. Rezeki semua Allah yang tentukan.Sama ada cepat atau lambat Allah tetap akan bagi tapi ada syarat mestilah berusaha bersungguh. Bila dah buat sehabis baik. Bertawakal kepada Allah. 
Isu dekan. Tak dekan. Bukan beza. Jangan ingat someone dekan kita boleh cakap macam macam.Balik kepada Allah. Itu semua rezeki. Kita check balik apa kurangnya kita sehingga Allah tak bagi peluang untuk kita memperolehi dekan. Jangan guna alasan dekan untuk menjadi sebuah alasan. Mohon ubah presepsi diri. Nak dekan. Semua orang boleh dapat. Tanamkan dalam diri.

''Why dia dapat. Kita tak boleh dapat.Sedangkan kita boleh dapat sesuatu itu dengan usaha''

Kedua. Kalau kita tak suka barang itu sekali pun. Jaga mulut. Citarasa semua berbeza. Tak semestinya kau suka benda tu orang lain akan suka. And tak semestinya kau tak suka benda tu orang lain pun tak suka. Tak suka sekali pun. Jaga mulut kita. Kita tak tahu hati orang macam mana. Jangan sampai orang tu terasa sampai dia balas balik kata kesat sampai kau terasa. Kita kena ingat. Hidup kita ni ibarat roda yang berputar so behave. Jadi kepada diri sendiri. Jaga mulut anda. Jangan sampai menghina. 

Bila orang nasihat. Didik hati kita supaya menerima. Buang ego.Dalam dunia ini. Tiada siapa siapa yang sempurna. Ingat.
Ok. Bye

Monday, 13 June 2016

Azreen Hanie's Day


Assalamualaikum


Kepada Azreen Hanie,diri sendiri
Zaman sekarang zaman yang mencabar bagi anda. Mohon anda sentiasa tabah menghadapi hari hari mendatang.

Jadilah orang yang berguna. Yang taat dengan perintah Allah, ibu bapa dan sebagainya.
Mohon cekalkan hati.
Mohon kuatkan hati
Mohon jadikan lebih baik dari semalam
Mohon jangan cepat down bila hadap masalah
Mohon matang handle masalah
Jangan malas
Jangan malas belajar
Jangan malas bangun tidur
Jangan malas buat kerja harian dirumah
Mohon belajar bersungguh sungguh
Berbaktilah kepada manusia

Azreen Hanie dah 19 tahun.
Jadi orang yang berguna ya.

Saturday, 2 April 2016

Road To Be Qudwah Hasanah


Assalamualaikum
Qudwah Hasanah itu apa?
Qudwah Hasanah itu ialah suri teladan yang baik. Insha Allah benda baik Allah permudahkan.
Baiklah. Bagaimana nak menjadi Qudwah Hasanah? Mudah sahaja. Ramai disini yang nak jadi yang terbaik dikalangan yang terbaik kan. Kena istiqomah setiap kali buat perubahan. Insha Allah. Allah permudahkan. 


  • Solat tepat waktunya
  • Banyak amalan sunat 
  • Bibir basah dengan zikir
  • Butir bicaranya terselit kalimah seperti Bismillah,Alhamdulillah,Insha Allah,Subhanallah,Allahuakhbar dan sebagainya
  • Tidak mengeluh dengan masalah remeh kehidupan hariannya
  • Bercakap dengan rendah suara
  • Lembut dan halus tingkahlakunya
  • Tuturbicara yang senang didengar tanpa kata lucah atau sumpah seranah
  • Pakaian longgar tanpa mendedeahkan bentuk tubuh
  • Aurat antara ajnabi dijaga
  • Pandai menjaga hati orang tua
  • Hormat dan taat kepada ibu bapa
  • Berkuku pendek
  • Rambut tidak diwarnakan
  • Banyak dan murah senyuman
  • Banyak mendengar dari bercakap
  • Senyuman adalah ketawanya
  • Tidak ketawa terbahak bahak
  • Suaranya tidak lantang dan jarang didengar oleh ajnabi
  • Tidak suka bersiar siar lewat malam
  • Menjauhi kumpulan yang suka mengumpat
  • Tidak mengheboh kedukaan hati
  • Menyembunyikan kesedihan
  • Menerima dugaan Allah sebagai Ujian Allah dan kifarah dosa
  • Sentiasa berdoa yang baik untuk orang disekelilingnya
  • Pandai bergaul dengan semua orang
  • Tidak boros
  • Berhati hati dengan apa apa yang dimakannya
  • Sayang akan binatang peliharaan seperti kucing
  • Cintakan alam sekitar
  • Menutup aurat yang dianggap remeh seperti tumit kaki,kaki,siku,lengan

Tenang ja kan bila baca? Jom sama sama jadi. 
Yang penting kena istiqomah. Okay? Qowiy.
 Semoga saya dan orang sekeliling mampu menjadi قدوة حسنة .




Friday, 1 January 2016

January 2016

                  Assalamualaikum
Alhamdulillah. Happy New Year guys. Tak sangka dah 2016. Haaa kau. Bulan 6. Kau dah 19 tahun. Sekarang baru 18 tahun 6 bulan 1 hari. Haha. Aku seorang yang hebat mengira umur.Kahkah. Tahun baru. Azam tak lain tak bukan nak diet. Tapi hari hari telan ayam. Hmm. Okay. Malas nak taip. Sebab exam bulan April. Lagi 3 bulan. Banyak topic tak cover lagi. Banyak lagi test quiz presentation tak dibuat. Ya sudah lah. Aku tahu. Study week aku penuh dengan quiz test presentation.Akuu amat yakin. So. Akhir kalam. Tahun baru. Perbaiki diri lebih baik. Lebih matang berfikir dan perangai depan public.Mohon solehah lebih banyak. Amin Amin.Amin. Tips nak belajar? Belajar jelah ikut mana pun. Janji pegang dengan kata kata ni. 
حبل من الله،حبل من الناس
Jaga hubungan kita dengan Allah. Dekati diri dengan Allah. Jaga hubungan dengan manusia.Insha Allah. Allah permudahkan urusan kita. Amin Amin Amin

Surah Amalan yang boleh di aplikasi dalam hidup. Heee 
Currently mood:Study Principle of Law walaupun bukan Budak Law.